Elite Ideal Logistic & services sdn bhd

Transport, Mover, Packing, Repair Body Lorry, Supply Packaging Material, Pallet, Wooden Case, Kitchen Cabinet, Wardrobe and Renovation

transportation is the movement of people and goods from one location to another.



please call at 013 358 8258 & 019 243 4266

Wednesday, January 27, 2010

Latar Belakang Syarikat

ELITE IDEAL LOGISTIC & SERVICES SDN BHD yang dahulunya dikenali sebagai Syarikat AIIDILL ENTERPRISE ditubuhkan pada tahun 1992 dan telah bertukar nama pada 15 OGOS 2003 di bawah akta syarikat 1965 sebagai syarikat Sendirian Berhad dan dimiliki oleh peratus (100%) Bumiputra, bagi memenuhi tuntutan bagi pembangunan infrastruktur di Malaysia.

Bermula dengan sebuah lori yang dipajak, syarikat terus berkembang pesat dengan pertambahan asset dan tenaga kerja. Keistimewaan Syarikat Elite Ideal logistic & Services Sdn Bhd didalam bidang perpindahan pejabat dan rumah, mesin berat, perabut rumah & pejabat sehingga melakukan kerja-kerja sub kontrak pengangkutan lori di bawah naungan syarikat pengangkutan yang besar.

Pengendalian Syarikat oleh Pengarah Urusan yang berpengalaman luas hampir 20 tahun didalam bidang pengangkutan, penghantaran, perpindahan dan sebagainya telah membawa Syarikat lebih maju. Tanggungjawab,kerjasama serta dedikasi setiap pekerja menjadi teras kejayaan berterusan menjadi pelanggan lebih yakin terhadah syarikat kami.

Justeru itu penambahan pelanggan tetap seperti Pan East Wind Forwardes (M) Sdn.Bhd, Celcom (M) Bhd, South Pacific Communication Sdn.Bhd, Areno Resources Sdn.Bhd, Tenaga Swithgear Sdn.Bhd, Incontrol Tech Sdn.Bhd, Toprank Coporation Sdn Bhd dan lain-lain lagi menjadikan Elite Ideal Logistic & Services Sdn.Bhd. lebih matang dan berwibawa menuju era globalisasi.

Kini syarikat kami telah melangkah setapak lagi kejayaan dengan membekalkan wooden pallet dan wooden create untuk menambah pendapatan syarikat. Selain itu, kami juga, melakukan kerja-kerja pembungkusan, membekalkan peralatan pembungkusan seperti kotak, kertas, bubble pak, streach film serta membekalkan tenaga pekerja dan lain-lain lagi.